Assalamualaikum
Kadang2 pemikiran anak2 tidak kita jangkau. Semalam terbaca fb kawan mengenai jawapan anak2 yang tidak berapa menepati kehendak soalan guru seperti bila guru menyuruh anak2 melukis ayam dan anak2 pula melukis ayam goreng! Guru menyalahkan murid atau memberi markah kosong kerana tidak menepati skema jawapan beliau. Tetapi adakah anak2 itu salah dan tidak memahami soalan? Mungkin anak tersebut sedang kelaparan pada waktu itu dan apa di dalam kepala otaknya match dengan kriteria soalan guru.
Berbalik kepada ragam anak2 saya semalam. Si Adam (darjah 3) tengah membuat kerja sekolah sains, dia bertanya:
Adam: Ummi, ikan boleh terbangkah?
Ummi: Mana boleh, burung terbang lah, ikan berenang.
Adam: tapi ummi, flying fish boleh terbang?
Ummi: (ooooppss..)(boleh google mengenai flying fish di internet)
Adam yang mungkin ada pengetahuan mengenai ikan terbang tersebut mungkin hairan apabila mendengar penjelasan cikgu bahawa ikan TAK BOLEH terbang.
Kanak2 sekarang sudah terdedah dengan banyak informasi melalui banyak saluran terutama TV dan internet. Jadi ibu bapa dan guru juga perlu up-to-date gitu...Buku teks hanyalah panduan tetapi pendapat/jawapan anak2 tidak boleh disalahkan terus tanpa soal selidik. Betul tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan